%%BREAKDANCE_HEADER_DEPENDENCIES%%

Apa Nak Buat Kalau Kuku Rosak?

Kuku Rosak

Kuku rosak memang menjengkelkan. Lagi-lagi bila tengok kuku orang lain yang cantik, sihat macam fresh keluar manicure. Tapi sebenarnya tak pun. 

Adakah kuku yang rosak tidak boleh diselamatkan lagi? Sudah tentu tidak. 

Teruskan membaca untuk menyelamatkan kuku anda.

Apakah Simptom Kuku Rosak?

Kuku Rosak

Simptom kuku rosak ini boleh anda kesan sendiri. Lihat kuku anda sekiranya terdapat simptom ini:

  • Kuku hancur
  • Kuku menebal
  • Kuku tumbuh dalam bentuk aneh dan menjadi kusam
  • Kuku rapuh dan mudah pecah
  • Kuku berwarna kuning-coklat
  • Kuku berbau busuk
  • Kuku berwarna gelap kerana serpihan tumbuh di bawah kuku

Jenis Kerosakan Kuku dan Puncanya

Mari lihat jenis kuku dan punca kerosakannya

Kuku Pucat

Kuku pucat boleh terjadi kerana masalah kesihatan yang serius. Antara masalah kesihatan tersebut adalah, anemia, kegagalan jantung kongestif, penyakit hati dan malnutrisi.

Kuku Putih

Kuku Rosak

Selalunya kuku yang ada pada kulit jari mengikut warna kulit jari tersebut sehinggalah kuku tumbuh melebihi jari.

Tetapi ada sesetengah orang yang kukunya tumbuh berwarna putih.

Bagi mereka yang kukunya tumbuh seperti ini, mereka mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti hepatitis. Selain itu, penyakit kuning (jaundice) juga boleh menjadi penyebab kepada kuku putih.

Kuku Kebiruan

Kuku Rosak

Jika kuku anda kebiruan, anda patut risau!

Kuku yang berwarna biru boleh berpunca dari tubuh yang tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia juga berkait rapat dengan masalah paru-paru seperti emfisema.

Dapatkan nasihat daripada doktor jika anda lihat kuku anda berwarna kebiruan.

Kuku Kuning

Kuku Rosak

Kuku yang kuning kebiasaannya kerana jangkitan kulat. Jika jangkitan itu semakin teruk, plat kuku terpisah daripada dasar kuku. Kemudian kuku tersebut akan menjadi tebal dan rosak.

Selain daripada masalah jangkitan kulat, kuku kuning juga boleh berpunca dari penyakit tiroid, penyakit paru-paru, diabetes atau psoriasis.

Kuku Pecah & Terpisah

Kuku Rosak

Pesakit tiroid agak sinonim dengan kuku yang kering dan rapuh. Ditambah pula dengan kuku pecah dan terpisah yang disebabkan oleh jangkitan kulat.

Bengkak Sekitar Kuku

Kawasan keliling kuku nampak bengkak dan merah?

Ini mungkin kerana iritasi pada kulit sekitar kuku kerana masalah lupus atau gangguan tisu penyambung yang lain.

Selain itu, masalah ini juga boleh berpunca daripada jangkitan.

Kuku Ripple

Kuku Rosak

Kuku ripple atau kuku bergelobang adalah petanda kepada penyakit tertentu.

Kuku gelombang garis vertikal:

  • Kadang-kadang berpunca kerana usia yang menambah
  • Kuku jenis ini tebal dan tidak halus.
  • Mudah patah
  • Mungkin kerana anemia, pendarahan di kuku, penyakit vaskular perifier atau rheumatoid arthritis

Kuku gelombang garis horizontal

  • Mungkin berpunca dari penyakit ginjal, diabetes, tiroid dan sifilis

Warna-warna Kuku Yang Tidak Normal

Kuku Rosak

Warna-warna kuku yang tidak normal ini kami selitkan juga punca-puncanya agar anda boleh mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Kuku Pucat

  • Berkemungkinan daripada anemia
  • Diabetes
  • Gangguan hati

Kuku Putih

  • Penyakit hati
  • Buah pinggang 
  • Diabetes atau masalah jantung

Kuku Kuning

  • Tabiat merokok
  • Sering mewarnakan kuku
  • Masalah bronkitis

Kuku Biru

  • Tubuh badan tidak cukup oksigen
  • Mungkin tubuh badan terdapat racun
  • Kesan sampingan ubat
  • Petanda penyakit berkaitan paru-paru

Tips Kuku Sihat Berkilat

Ini adalah tips penjagaan kuku yang boleh diamalkan. Namun tips-tips ini tidak dapat membantu masalah kesihatan yang kronik seperti yang disebutkan di atas.

Untuk masalah kesihatan yang kronik tersebut, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan oleh doktor.

  1. Amalkan kebersihan kuku
Kuku Rosak

Kuku yang sihat semestinya kuku yang bersih. Potong kuku anda dengan rapi supaya lebih kemas.

Dari kuku sahaja orang boleh mengetahui tahap kebersihan seseorang individu tersebut!

Kuku yang panjang, hitam dan kotor itu memang menggelikan ya!

  1. Kuku harus sentiasa lembab

Gunakan pelembab kuku untuk meningkatkan penampilan dan mengelakkan kuku daripada menjadi rapuh kerana kering.

Lembabkan kuku anda dengan gel kuku yang bahan-bahannya daripada vitamin dan antibakteria.

Sapukan sahaja pada atas kuku dan kulit di sekitarnya. Selalunya perubahan pada kuku anda akan dapat dilihat dalam jangka masa yang pendek sekiranya anda konsisten.

  1. Makanan tambahan biotin
Kuku Rosak

Biotin adalah vitamin kompleks B yang juga dikenali sebagai vitamin B7, koenzim R dan vitamin H.

Vitamin ini penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat untuk membantu metabolisme asid amino dalam pembentukan protein penting pertumbuhan kuku.

Biotin dapat menguatkan kuku yang rapuh.

Makanan yang mengandungi biotin adalah hati, kuning teur, produk tenusu, yis, salmon, avokado, kekacang, biji-bijian dan kobis bunga.

  1. Tolak kutikel dengan lembut

Ini adalah apa yang nail tech selalu lakukan dalam rawatan kuku. Jika anda berpengetahuan tentang cara untuk melakukannya, anda boleh buat sendiri di rumah.

Tolak kutikel dengan lembut dari sudut 465 darjah. Atau anda juga boleh memotong untuk merapikannya.

Kutikel adalah penghadang semula jadi kepada kulat dan bakteria, jadi jika anda tidak yakin untuk melakukannya sendiri, dapatkan bantuan profesional.

Jangan lakukan perkara ini untuk kuku yang sihat:

  • Gigit kuku
  • Mengusik atau mengupas kutikel 
  • Menolak kutikel terlalu jauh ke belakang
  • Menggunakan polish remover yang berlebihan
  • Berkongsi alatan penjagaan kuku
  • Membiarkan keradangan dan abnormiliti kuku

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga anda dapat menjaga kuku anda dengan baik.

Nak serum kuku? Beli di sini

Related articles

Jangan lupa follow!

Hi semua!

Tips penjagaan kuku, untuk menarik perhatian, semuanya terdapat di sini!

Teruslah membaca untuk mendedahkan rahsia kecantikan kuku dan penjagaan kuku yang sempurna!

Nail Secrets

Baru update!

Category