Semasa perayaan Aidilfitri, orang ramai gemar memperagakan pakaian raya mereka dengan mengambil gambar dan berkongsi di media sosial. Rutin ini dikenali sebagai Outfit of The Day, atau OOTD
Lebih menyeronokkan, ramai yang akan spam di ig story mereka dan ada juga yang membuat posting sehingga tiga gambar sehari! Tambahan pula, mereka yang sudah lama menyepi dari media sosial tiba-tiba mula membuat posting semula untuk menunjukkan pakaian raya mereka!
Tidak kira apa pun sebabnya, OOTD sudah menjadi kewajipan masa kini! Memakai pakaian yang cantik pada hari raya adalah sangat penting kerana pasti kita ingin tampil menarik dan mendapat banyak pujian dan likes pada gambar raya nanti, kan?
Tapi, adakah anda tahu bagaimana untuk mengambil gambar yang onszz di hari raya? Jika tidak, jangan risau! Jom baca lebih lanjut untuk ketahui idea posing raya yang popular dan trendy untuk Hari Raya nanti!
0.5 Duluu!
Ini trend latest terbaru yang famous di Tiktok dan dalam kalangan Gen Z! Pertama, buka kamera belakang, dan set kan pada 0.5 untuk effect ultra-wide. Kemudian, jangan lupa untuk on flash button, pusingkan kamera, pegang telefon ke atas dan posee!
Selfie Di Hadapan Cermin
Untuk mengambil gambar dalam pose ini, pertama, anda perlu duduk di hadapan cermin dan pastikan seluruh badan anda terlihat. Letakkan satu kaki di hadapan cermin dan silangkan kaki yang lain ke belakang. Tip ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih slim dan tinggi!
Pose Tangan Pegang Handbag
Pegang handbag anda dan berdiri dengan satu kaki di hadapan atau ke sisi. Kemudian, gerakkan handbag anda ke hadapan atau ke belakang dan ambil gambar di tempat yang berbeza seperti di sisi jalan, di taman atau halaman rumah.
Genggam Lengan “Special”
Buat sesiapa yang sudah berpasangan atau baru sahaja berkahwin, tips ini sesuai buat anda! Pasangan perempuan boleh menggenggam lengan pasangan anda dan baring ke sisi bahu pasangan. Senang dan sweet kan?
Tangan Di Lutut
Antara pose yang boleh menunjukkan keseluruhan OOTD kita, serta tampak lebih ayu ialah pose tangan di lutut ini. Pertama, duduk di atas kerusi, sofa atau buaian, berlatar belakangkan background yang cantik. Silangkan kaki anda dan letakkan tangan anda pada lutut! Siap!
Pose Di Atas Tangga
Apabila anda pergi ke tempat yang cantik dengan banyak tangga, cuba untuk duduk di atas beberapa tempat dan ambil gambar. Anda juga boleh pose di atas tangga dengan cara berdiri, boleh cuba gaya natural untuk turun dari tangga seperti contoh di bawah!
Tangan Pada Pinggul
Jika anda ingin kelihatan baik dalam gambar tetapi tidak tahu bagaimana untuk bergambar, cuba letakkan tangan anda di pinggul dan pose pada kamera. Ini adalah pose mudah yang dilakukan oleh ramai orang dan ia akan menjadikan gambar anda kelihatan cantik dan bergaya!
Tangan Memegang Secawan Air
Jika anda ingin bergambar tapi tidak ingin kelihatan awkward, anda boleh bergambar menggunakan prop. Sempena hari raya, anda boleh bergambar dengan memegang cawan untuk kelihatan lebih natural dan tidak kelihatan janggal.
Bersandar Pada Dinding
Berikut ialah cara yang menyeronokkan untuk mengambil gambar untuk Instagram: bersandar pada pintu, tingkap atau dinding yang mempunyai reka bentuk yang cantik. Ini akan menjadikan gambar anda kelihatan lebih aesthetic dan instagrammable!
Pose Berjalan
Pose berjalan juga memerlukan tips tertentu untuk menjadikan gambar kelihatan natural dan tidak kaku. Pertama, menghalakan kedua kaki dan tangan kanan ke depan, sambil menjengketkan sedikit kaki kiri dan kanan dan pandang arah sisi untuk pose pada kamera!
Pose Tangan Di Dalam Poket
Kepada para lelaki yang memakai Baju Melayu yang mempunyai poket. Anda boleh masukkan satu tangan anda ke dalam poket Baju Melayu. Mudah kan?
Memaling ke belakang
Ramai yang sukakan gambar candid untuk tampak lebih cantik dan menjadikan gambar itu mempunyai banyak likes di ig story. Untuk melakukan ini, anda boleh cuba berjalan ke hadapan dan memusingkan kepala anda ke sisi dan pose ke arah kamera. Senang kan?
Pose Peninglah I!
Pose gambar “sakit kepala” kini menjadi trend baru buat influencer di media sosial. Di Australia, trend ini dipanggil “migraine pose”. Pose ini dilakukan dengan satu atau kedua tangan di tepi kepala, dan memandang tajam untuk pose ke arah kamera.
Pose satu kaki ke depan
Adakah anda mahu kelihatan kurus dan slim dalam gambar Raya? Anda boleh melakukan pose istimewa dengan berdiri dengan sebelah kaki di hadapan, dan satu silang ke belakang. Selamat mencuba!
Selak Rambut
Pose ini boleh dibuat dengan menghalakan wajah anda ke sisi atau ke bawah dan satu tangan menyelak rambut. Ini juga merupakan salah satu tips posing raya natural yang boleh digayakan oleh lelaki mahupun perempuan.
Teriknya Matahari!
Pose terik sekali matahari boleh dilakukan dengan meletakkan tangan seperti tanda “salute” yang sering dilakukan oleh badan beruniform askar mahupun polis. Kemudian, sambil menutup mata, ready untuk senyum dan pose ke arah kamera!