Penjagaan kuku memainkan peranan penting dalam kesihatan anda. Kuku yang sihat dan bersih merupakan cerminan personaliti diri dan kesihatan seseorang. Itulah sebabnya penjagaan kuku penting untuk diri sendiri serta tanggapan pertama seseorang buat kita.
Tambahan pula, penjagaan kuku boleh menjadi mudah ataupun sukar bergantung kepada keadaan kuku anda. Tetapi adakah penjagaan kuku penting? Adakah ia memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan kuku yang sihat?
Penjagaan kuku adalah bahagian penting dalam kesihatan anda secara keseluruhan. Jika anda mengabaikannya, anda boleh membina jangkitan kulat atau bakteria di sekitar kuku anda, dan boleh membawa kepada masalah kesihatan lain yang lebih serius.
Contoh Kuku Yang Sihat
Menariknya, kuku boleh menjadi penunjuk yang berguna untuk status kesihatan anda. Jadi apakah contoh kuku yang sihat? Untuk membantu anda mengenali tanda-tanda bahawa kuku anda sihat, berikut adalah beberapa tanda yang boleh anda lihat pada kuku anda :
- Kuku Berwarna Merah Jambu Atau Ungu Muda
Pakar dermatologi mengatakan kuku biasanya berwarna merah jambu atau ungu muda. Ramai yang beranggapan bahawa warna tersebut ialah warna kuku itu sendiri. Tetapi sebenarnya, warna tersebut merupakan warna tisu kulit di bawahnya.
Warna kuku anda berasal dari warna kulit di bawahnya. Jika anda ingin tahu sama ada kuku anda sihat, anda boleh memberi tekanan pada mereka dan melihat sama ada warna pada kuku muncul kembali dengan cepat setelah tekanan dilepaskan.
Jika ia muncul dengan cepat, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai aliran darah yang baik serta cukup hidrasi. Untuk menguji sama ada darah anda mengalir secara normal pada kuku, anda boleh melakukan teknik tersebut.
- Kuku Tidak Melekuk
Kuku mempunyai bentuk yang berbeza, bergantung pada seberapa cepat ia tumbuh. Kuku yang melekuk secara mendatar mungkin bermakna terdapat masalah dengan kuku anda, tetapi kuku yang melekuk secara menegak adalah perkara biasa.
Lekukan mendatar pada kuku dikenali sebagai Beau’s lines. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh tanda kecederaan pada matriks kuku, kekurangan nutrien, jangkitan pada plat kuku, atau tindak balas terhadap ubat-ubatan yang diambil.
Jika anda mendapati mana-mana simptom berikut, adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar dermatologi anda.
- Kuku Tidak Mudah Patah atau Patah
Jika kuku anda sangat rapuh, ini bermakna anda mungkin mengalami onycholysis. Onycholysis adalah keadaan di mana kuku terpisah daripada tempatnya. Keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan, jangkitan, atau masalah lain.
Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan kuku rapuh dan mudah patah. Ia juga mungkin disebabkan oleh kekerapan anda mengeringkan kuku. Jika anda mempunyai kuku yang kuat dan jarang patah, anda kemungkinan mempunyai kuku yang sihat.
- Kuku Tidak Bengkak atau Meradang
Jika kulit sekitar kuku anda kelihatan merah dan bengkak, itu mungkin bermaksud anda mempunyai jangkitan pada lipatan kuku. Ia mungkin menandakan masalah dengan tisu kulit yang lain, atau keadaan perubatan seperti arthritis, atau jangkitan kulit.
Selain itu, jangkitan kuku juga boleh menyebabkan kemerahan pada lipatan kuku. Sekiranya anda sering melakukan rias kuku iaitu manikur dan pedikur, pastikan anda pergi ke salon yang berlesen. Salon yang berlesen akan menitikberatkan keselamatan serta kebersihan pelanggan.
Untuk mengelakkan jangkitan daripada berlaku, jangan potong kutikula kuku. Ini akan membantu mengekalkan kulit di sekeliling kuku daripada melekat pada plat kuku dan juga akan membantu menghalang bakteria daripada merebak.
Bukan itu sahaja, alatan kuku, seperti pengetip kuku, dan barangan lain perlu disterilkan sebelum digunakan.untuk mencegah penyebaran jangkitan.
Tips Penjagaan Kuku DIY Di Rumah
Guna Bahan Semula Jadi
- Air lemon
Jika anda sering mewarnakan kuku dengan pengilat kuku, air lemon boleh memastikan kuku anda bebas daripada kelihatan kusam. Anda juga boleh menggunakan air lemon jika kuku rapuh kerana kerap menggunakan pengilat kuku.
Caranya sangat mudah, anda boleh melakukan ini hanya dengan memerah sebiji lemon dan sapukan pada kuku anda menggunakan kapas. Senang kan?
- Aloe Vera
Lidah buaya atau aloe vera adalah salah satu tumbuhan yang boleh membantu menjadikan kuku anda kelihatan lebih berkilat. Ia diperkaya dengan pelbagai vitamin yang dapat menjadikan kuku kita kelihatan lebih bersinar!
Anda boleh mendapatkan aloe vera ini dengan mengekstrak dari tumbuhannya. Ambil aloe vera tersebut, bersihkan dan sapukan getahnya pada kuku anda. Anda harus melakukan cara ini dengan kerap untuk melihat hasil yang terbaik.
- Minyak Zaitun
Minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menjaga kuku anda. Caranya mudah sahaja, campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan jus lemon dan sapukan pada kuku anda.
Kemudian, anda boleh mengurut jari anda dengan minyak zaitun untuk memastikan mereka sihat dan kelihatan cerah. Minyak zaitun mempunyai sumber nutrisi yang baik untuk kuku, agar sentiasa sihat dan bebas daripada kelihatan kusam.
- Minyak Kelapa
Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga boleh digunakan sebagai pilihan penjagaan kuku yang sihat, kerana ia boleh membantu menguatkan kuku, dan juga meningkatkan peredaran darah.
Untuk menyediakan rawatan ini, campurkan 1 sudu besar minyak kelapa dengan air suam dan sapukan campuran pada kuku anda. Urut perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil kuku yang sihat dan peredaran darah yang lebih baik.
DIY Manicure di Rumah Dengan Nail Secrets
Apa tu Nail Secrets?
Nail secrets merupakan nail & cuticle treatment yang dapat merawat kuku yang luka, retak, ataupun rosak.
Kenapa saya perlu pilih Nail Secrets?
- Memulihkan kuku yang rosak
Perbezaan ketara secepat 7 hari
- Bentuk kuku kembali cantik
Tiada lagi kuku bergerigi
- Kuku berwarna putih natural
Vitamin menyihatkan warna kuku
- Kuku wangi sepanjang masa
Kuku bersih, wangi dan sihat
Nail secrets menggunakan bahan semulajadi seperti :
- Sweet Almond Oil
- Safflower Oil
- Grape Seed Oil
- Calcium
Jom DIY Manicure di rumah bersama Nail Secrets dengan PROMOSI 50% OFF berharga hanya RM50! – Harga asal RM150. Dapatkan sekarang di website nailsecret.co/
Cara Jaga Kuku Rosak
Siapa je yang tak mahukan kuku mereka nampak sihat dan cantik berkilat kan? Terdapat banyak cara untuk memastikan kuku sihat dan berkilat. Banyak tips dan petua menarik yang boleh dipertimbangkan. Antaranya :
Pastikan Kuku Sentiasa Bersih
Pastikan kuku sentiasa bersih dengan tidak ‘membela’ kuku yang panjang. Untuk mengekalkan kuku yang sihat dan bebas kuman, anda perlu memotongnya dengan kerap. Ini juga dapat mengelakkan masalah kuku terkeluar.
Sepertimana yang disebut sebelum ini, kuku dapat mencerminkan personaliti dan kesihatan diri kita. Jika anda mempunyai kuku yang panjang dan kotor, jangan terkejut jika orang enggan berjabat tangan.
Oleh sebab itu, jangan pandang rendah terhadap kebersihan kuku. Penting untuk memotong kuku dan kuku kaki anda dengan kerap dan teratur untuk memastikan ia sentiasa sihat dan bersih.
Gunakan Pelembab Pada Kuku
Melembapkan kuku boleh menjadikannya kelihatan lebih cantik, dan boleh membantu mengelakkannya daripada menjadi rapuh akibat kekurangan penghidratan.
Cara untuk memastikan kuku sentiasa sihat dan terhidrat senang sahaja! Anda boleh menggunakan sedikit petroleum jelly pada kuku dan kulit di sekelilingnya. Anda juga boleh menggunakan minyak zaitun atau minyak kastor untuk melembapkan kulit anda.
Makan Suplemen Biotin
Biotin adalah vitamin yang juga dikenali sebagai vitamin B7, ko-enzim R, dan vitamin H. Biotin adalah penting untuk metabolisme badan dan membantu menghasilkan tenaga. Ia juga penting untuk pertumbuhan sel-sel badan, serta untuk pertumbuhan kuku.
Suplemen dan makanan yang kaya dengan biotin boleh membantu menguatkan kuku anda. Ini boleh membantu mengelakkan kuku daripada menjadi rapuh dan pecah.
Biotin ditemui dalam pelbagai makanan, termasuk organ seperti hati, kuning telur, produk tenusu, yis, salmon, avocado, kekacang, bijirin dan juga kubis bunga. Ia penting untuk tubuh yang sihat kerana ia membantu untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.
Jangan Gigit Kuku
Menggigit kuku boleh menyebabkan kerengsaan dan juga jangkitan pada kutikel kuku. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada kuku dan kulit di sekelilingnya. Luka kecil pada kuku juga boleh menyimpan bakteria atau kulat, dan menyebabkan jangkitan.
Banyak kan tips dan petua menarik yang boleh kita gunakan untuk dapatkan kuku yang cantik? Tetapi, jika anda mencari alternatif lain yang jauh lebih mudah, pantas dan berkesan, Nail Secrets adalah penyelesaiannya!
Dengan mengandungi campuran bahan-bahan natural yang dapat menyihatkan, memulihkan serta dapat menguatkan kuku, apa tunggu lagi? Jom dapatkan nail and cuticle treatment serum daripada Nail Secrets dengan harga promosi sekarang di nailsecret.co/