- Tutup Telefon
Permulaan hari adalah penting untuk menentukan mood seharian kita. Untuk memulakan hari anda dengan lebih tenang dan fokus, anda boleh cuba menutup telefon dan mulakan pagi dengan bermeditasi selama 10-15 minit.
- Dengarkan Muzik Kegemaran
Mendengar muzik mempunyai kesan yang besar pada minda, badan dan emosi. Ia boleh membantu menenangkan fikiran, menambahkan tenaga serta menjadikan anda lebih bersemangat
Oleh itu, salah satu langkah mudah untuk anda self-care sendiri di rumah adalah dengan perdengarkan muzik kegemaran anda, seronok kan?
- Pilih Ruang Rumah Yang Sesuai
Antara cara penting untuk self-care sendiri di rumah ialah dengan cara mencari ruang yang bersesuaian di mana ianya cukup selesa, kemas dan tiada gangguan. Tak kira sama ada di ruang tamu mahupun bilik sendiri, asalkan ia ruang yang selesa buat anda.
Bila dah tau kat ruang atau bilik mana korang nak self-care, anda boleh menyediakan suasana santai dengan menyalakan lilin, mengurangkan cahaya lampu dan memasang lagu yang menenangkan.
- Rancang Hari Anda
Menetapkan niat atau membuat perancangan pada setiap pagi akan menentukan mood anda sepanjang hari. Anda boleh melakukan ini dengan memikirkan perkara yang positif, seperti, “Saya hebat” “Hari ini akan menjadi hari yang baik”!
- Buat Skincare Routine
Skincare routine ialah aktiviti yang menyeronokkan kerana ia dapat menjaga minda, badan dan kecantikan diri. Antara skincare routine yang anda boleh lakukan ialah mengurut kulit kepala, dan mandi dengan air panas untuk meningkatkan mood anda.
- Jalan-jalan di luar
Bersosial adalah satu cara untuk memastikan kita kekal sihat. Kita boleh bersosial dengan cara berjalan di luar, bertegur sapa bersama jiran tetangga sambil menghirup udara segar.
- Tonton Filem
Menonton filem kegemaran anda di rumah juga merupakan salah satu self-care yang boleh anda lakukan. Menonton filem di rumah pastinya lebih selesa dan mudah. Anda juga boleh menyediakan makanan ringan sambil menonton filem kegemaran anda.
- Tarik Nafas Beberapa Minit
Menarik nafas panjang untuk beberapa minit membantu otak untuk kekal tenang dan berehat. Anda boleh melakukan ini dengan cara malapkan lampu, menutup mata dan menarik nafas panjang. Teknik ini dapat membantu kita kekal tenang dan bertenaga.
- Brisk Walking
Brisk walking atau dikenali dengan teknik berjalan cepat boleh membantu anda merasa kurang tertekan. Kajian menunjukkan badan mengeluarkan endorfin selepas beberapa minit berjalan, dan menghasilkan pemikiran yang positif.
- Makan makanan kegemaran anda
Salah satu cara untuk self-care di rumah ialah dengan makan makanan kegemaran anda. Bila sebut makanan kegemaran, mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah makanan segera seperti pizza, burger dan kentang goreng.
Jika makanan kegemaran anda ialah makanan tempatan, ia mungkin Nasi lemak, Kuetiau atau Nasi Kandar. Walau bagaimanapun, makanan kegemaran boleh jadi apa sahaja yang anda suka, tidak semestinya berminyak, masin, manis atau tidak sihat.
Pada asalnya, makanan kegemaran ialah dikenali sebagai makanan yang akan membuatkan anda berasa lebih baik, dan dapat melahirkan hormon gembira. Tetapi ingat, jangan makan secara berlebihan dan anggap ia sebagai self-reward untuk diri.
- Cuba Benda Baru
Antara cara lain untuk self-care di rumah ialah dengan cara mencuba perkara baru. Ini boleh menambah pengalaman dan pengetahuan anda. Dengan mencuba perkara baharu, kita dapat bertemu orang baru serta meningkatkan keyakinan dan komunikasi.
- Jangan Lupa Self Care lain!
Tambahan pula, jangan lupa self-care lain seperti menulis. Salah satu perkara yang telah terbukti mempunyai kesan positif terhadap mood adalah menulis. Anda boleh menggunakan tenaga kreatif anda untuk meluahkan perasaan anda dalam jurnal.
Kemudian, tidur yang cukup juga merupakan salah satu self-care yang boleh kita amalkan di rumah. Anda perlu mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 7 jam supaya boleh menjadi lebih produktif pada siang hari.
Berdasarkan semua senarai di atas, senang kan cara untuk self-care sendiri di rumah? Jadi, apa kata anda beritahu kami kaedah penjagaan diri yang mana sering anda gunakan di rumah!