%%BREAKDANCE_HEADER_DEPENDENCIES%%

Tips Kuku Cantik Sihat Berkilat!

Tips Kuku Cantik

Sis… saya ada tips kuku cantik berkilat ni. Nak dengar tak?

Ramai orang yang mengambil mudah tentang penjagaan kuku. Kalau untuk kecantikan  wajah, ramai yang sanggup harungi 30 langkah penjagaan kulit setiap hari. 

Tetapi penjagaan kuku pula, cukup sekadar memotong kuku.

Jangan begitu!

Walaupun ada pepatah Inggeris mengatakan “Don’t judge a book by its cover”, kecantikan kuku sebenarnya penting. Lagi-lagi ia berkait rapat dengan kesihatan.

Kuku kusam, kuning dan berjalur itu adalah ‘cover’ yang siapapun boleh ditafsirkan sebagai kuku yang bermasalah.

Jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jom semak 7 tips kuku cantik berkilat dari artikel kali ini.

Tabiat Yang Menyebabkan Kuku Rosak

Tips Kuku Cantik

Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang tips penjagaan kuku, anda perlu ambil tahu tentang tabiat yang merosakkan kuku.

Tabiat-tabitat ini perlulah dihentikan. Jika tidak, sia-sia sahajalah tips-tips yang kami akan berikan ini.

  1. Menggigit kuku

Ya! Sudah pasti tabiat ini berada di kedudukan yang pertama. Tabiat menggigit kuku bukan sahaja merosakkan kuku tetapi membuatkan kuku anda tidak cantik.

Selain itu, pertumbuhan kuku juga akan menjadi tidak sekata. Apa yang lebih berbahaya, tabiat ini boleh menggalakkan jangkitan bakteria dan masalah kesihatan yang lain.

Masalah kesihatan yang berkait rapat dengan tabiat menggigit kuku adalah:

  • Sakit perut
  • Kerosakan gigi
  • Herpes tangan 
  • Keradangan

Bahaya, bukan?

Ubah tabiat menggigit kuku. Jika anda berasa gemuruh atau gementar, alihkan perhatian anda daripada menggigit kuku.

Ini adalah cara lain yang anda boleh lakukan untuk mencegah tabiat menggigit kuku:

  • Kenal pasti penyebab anda ingin menggigit kuku
  • Pastikan kuku sentiasa pendek
  • Lakukan rawatan kuku 
  • Balut atau tutup kuku
  • Pastikan tangan dan mulut sibuk (bukan sibuk menggigit kuku)
  1. Mengikis atau mengupas kulit di sekitar kuku

Ini adalah salah satu tabiat yang sesiapa sahaja akan lakukan ketika dia berasa gelisah atau gemuruh.

Kulit yang dikikis dengan kuku sendiri itu boleh terluka dan menyebabkan pendarahan. Pendarahan ini pula boleh menyebabkan jangkitan!

Tidak dilupakan juga kutikel kuku akan kelihatan hodoh setelah dikupas. 

Jadi berhenti mengupas kuku. Lakukan perkara yang lain sekiranya anda ingin mengurangkan gelisah dan gementar anda.

Sebagai alternatif anda boleh dapatkan fidget toys supaya perhatian anda teralih kepada permainan itu.

  1. Cara Potong Kuku Yang Salah

Awas! Cara potongan kuku yang salah boleh menyebabkan cengkam kuku.

Cengkam kuku pula boleh menjadikan kuku anda tumbuh dengan salah dan akhirnya kulit di sekitar kuku akan bernanah.

Kalau cengkam kuku anda semakin teruk, ada kemungkinan anda perlu ke klinik untuk membuat pembedahan kecil untuk membetulkan kuku anda.

Tips Untuk Kuku Cantik, Sihat dan Berkilat

Tips-tips ini anda boleh ikuti sendiri di rumah tanpa perlu berbelanja sehingga ratusan ringgit di salon kuku.

Jimat, cepat dan mudah!

  1. Sapu Gel Pelembab Kuku

Kuku yang kering akan menimbulkan beberapa masalah. Sama seperti kulit. Jika kulit kering boleh mengundang masalah jerawat, kuku yang kering pula boleh menyebabkan ia mudah patah.

Jadi kuku yang kering perlu disapu dengan gel pelembab kuku untuk memastikan kuku menjadi lebih kuat.

Selain itu, anda disarankan untuk menggunakan gel yang bervitamin dan yang penting bahannya antibakteria untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dan fungal kuku.

Dapatkan gel pelembab ku bervitamin dan antibakteria di sini.

  1. Tolak Kutikel Dengan Lembut

Rahsia kuku cantik dan kelihatan panjang adalah menolak kutikel yang ada pada bahagian kuku dengan lembut.

Ataupun, anda juga boleh memotongnya dengan berhemah supaya tidak tercedera.

Kutikel yang ditolak secara kasar boleh menyebabkan kuku rosak dan lemah.

Jadi hati-hati ya semasa membuat rawatan mani-padi sendiri di rumah!

Jangan berdarah pula kulit sekitar kuku itu. Ada jangkitan kuman pula nanti.

  1. Jangan Biarkan Kuku Panjang

Kuku yang panjang memang cantik dilihat. Tetapi tidak hygienic untuk anda simpan kuku yang panjang.

Bakteria dan fungal lebih mudah untuk melekat di situ dan juga agak sukar untuk dibersihkan.

Jangan jadikan bahagian dalaman kuku tempat perkumpulan segala kuman.

Potong kuku dengan tertib, barulah kuku kekal sihat dan bersih.

Malah risiko kuku patah juga dapat dielakkan jika anda merapikan kuku.

  1. Kikir Kuku Dengan Cermat

Semakin ramai mempunyai akses kepada peralatan penjagaan kuku. Termasuklah pengikir kuku.

Nak kuku yang berkilat, kikir sahaja sebentar ketika sedang bersantai di rumah.

Sekejap!

Jangan kikir kuku anda sesuka hati. Ramai mengikir kuku dengan cara yang salah.

Cara yang salah tersebut adalah menggerakkan pengikir kuku ke hadapan dan ke belakang. Tetapi cara yang betul adalah mengikir dengan satu hala sahaja.

Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengikir kuku selepas mandi kerana kuku yang basah masih lembut. 

  1. Minum Air Susu
Tips Kuku Cantik

Jika terdapat warna putih di dalam kuku anda, anda mungkin kekurangan zink. Untuk menambah zink dalam tubuh anda, anda boleh minum susu segar dan ambil makanan yang kaya dengan zat zink.

Ataupun anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor untuk mula mengambil suplemen yang berasaskan zink.

  1. Buat Urutan Kuku

Kuku yang cantik haruslah dimanja. Jangan ingat badan sahaja yang perlu diurut. Bahagian sekitar kuku juga perlu diurut untuk kuku yang cantik, sihat dan kuat.

Sekian sahaja perkongsian tentang tips kuku cantik kali ini. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda cuba sendiri di rumah!

Jangan lupa dapatkan Nail Secrets.

Gel kuku bervitamin yang membantu pertumbuhan kuku yang sihat dan kuat.

Kuku tumbuh putih semulajadi!

Related articles

Jangan lupa follow!

Hi semua!

Tips penjagaan kuku, untuk menarik perhatian, semuanya terdapat di sini!

Teruslah membaca untuk mendedahkan rahsia kecantikan kuku dan penjagaan kuku yang sempurna!

Nail Secrets

Baru update!

Category